Monday 24 February 2014

Nak Tahu Kenapa Saya Pilih Forex Berbanding Bisnes Lain?

Posted by Pakwan at 03:21
Assalamualaikum WBT / Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana masih setia bersama TEKNIK FOREX =)
http://www.forexsebenar.com/hop.php?ref=izwan


Post kali ni sedikit peribadi, di mana saya akan kongsikan dengan anda kenapa saya memilih forex berbanding peluang "buat duit" lain yang ada di luar sana. Ia berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri yang mana anda sendiri mungkin pernah melaluinya...







KENAPA SAYA PILIH FOREX TRADING?

1 - Tak Makan Masa, Tenaga dan Usaha Yang Banyak
Pernah tak anda kerja di restoran makanan segera? Saya pernah kerja di syarikat pizza. Gaji saya RM3.00 sejam. Saya boleh kerja maksimum 4 jam sehari, iaitu dari 8 malam ke 12 pagi selepas habis waktu belajar. Dengan ini, saya berhempas-pulas 4 jam untuk menjana RM12.00. Ia langsung tidak berbaloi, kerana dengan forex saya hanya perlu klik-klik depan PC tak sampai 1 jam sehari untuk menjana pendapatan yang lumayan.


2 - Boleh Dilakukan Di Mana-Mana Sahaja
Forex ni semuanya dijalankan secara ONLINE. Anda hanya perlukan komputer, internet dan modal mengikut kemampuan anda. Dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang, anda boleh menggunakan laptop, smartphone ataupun tablet untuk trade. Anda tak perlu risau sekiranya anda pergi shopping, bercuti, dinner dan sebagainya kerana anda masih boleh trade selagi ada gadget dan internet.

3 - Tidak Perlu Pihak Ketiga Untuk Menentukan Kejayaan Saya
Dalam forex hanya ada 1 faktor penentu kejayaan iaitu DIRI SENDIRI. Saya bagi contoh yang memerlukan anda bergantung kepada orang lain...

Katakan anda jual tudung. Kalau pembekal anda lingkup, anda pun tentu akan lingkup juga kan? Kalau pembekal naikkan harga, anda pun kena naikkan harga juga, betul? Itu di pihak pembekal. Kalau pelanggan pula? Anda ada 1001 pesaing, jadi anda perlu jaga hati pelanggan kalau tak mahu mereka lari kepada penjual lain. Dari segi pesaing anda pula, kalau mereka menawarkan pattern yang lebih menarik serta harga lebih rendah, anda juga perlu menyaingi mereka. Kalau tak tentu anda akan lingkup, betul? 

Contoh lain pula, suatu ketika dulu saya pernah jual barang secara online menggunakan platform Ebay, dan bayaran diterima menggunakan Paypal. Suatu hari, Ebay telah menutup akaun saya kerana saya disyaki menipu (walhal sebenarnya tidak) dan Paypal telah memegang wang tunai saya sebanyak RM3,000+ selama 6 bulan sebelum memulangkannya kepada saya. Kesusahan yang saya alami hanya Tuhan yang tahu pada waktu tu. :'(

Kalau buat MLM (Multi Level Marketing) pula, kena cari DOWNLINE. Kalau downline buat kerja, ada lah income. Kalau downline "tak hidup", tak ada lah income. Betul kan?

Dalam forex, semua itu tak akan berlaku kerana hanya ada anda dan MARKET sahaja. Untuk berjaya anda hanyalah perlu mengawal satu faktor iaitu DIRI SENDIRI. Tak perlu jual barang, bergantung kepada pelanggan / pembekal / pesaing, tak payah cari downline / upline dan sebagainya. Menarik kan? :-)

4 - Forex Market 2 Hala dan Risiko Terhad
Dalam forex, anda boleh mendapatkan untung ketika harga naik dan juga turun. Ia tidak seperti pasaran lain yang mana anda hanya boleh memperoleh keuntungan ketika harga naik sahaja. Selain itu, risiko anda adalah terhad kepada berapa yang anda laburkan. Ini berbeza dengan saham di mana anda boleh rugi melebihi apa yang anda ada apabila anda menggunakan Share Margin Financing (pinjaman untuk beli saham).

5 - Potensi Keuntungan Lumayan Dalam Tempoh Singkat
Dalam forex, 100% profit sebulan adalah tidak mustahil. Secara realistiknya, untuk sesiapa yang dah mahir, 20-30% sebulan adalah sesuatu yang boleh dicapai.Katakan Izwan bermula dengan $1,000, kalau sebulan dapat 20-30% dah $200-300. Ia adalah sangat banyak jika nak dibandingkan dengan syarikat pelaburan saham amanah yang menawarkan pulangan 10% setahun! Anda bukan buat kerja berat pun. Klik-klik pada PC atau tap-tap pada smartphone. Itu je :-)

Kalau tak nak income sebulan, nak income HARI-HARI pun boleh! Tiap-tiap hari akan ada peluang untuk profit dalam forex ni. Lepas profit, withdraw je terus masuk ke akaun anda.
Modal untuk bermula juga adalah bergantung kepada kemampuan. Anda boleh bermula dengan $10.00 jika anda mahu. Tanpa modal pun boleh! Tapi virtual / demo account sahaja lah. Hehehehe...

Itulah dia 5 sebab utama kenapa saya pilih forex. Saya tahu banyak peluang bisnes lain yang boleh dibuat secara part-time di luar sana, tetapi tiada yang sehebat forex. Renung-renungkan dan fikir semula apa yang saya sebutkan di atas samada logik ataupun tidak ya.

Semoga anda mempelajari sesuatu daripada post ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan segan-silu untuk KOMEN post ini ya :-)

Terima kasih dan jumpa lagi di dalam post yang akan datang :-)

==================================
Belajar Forex dengan Teknik Forex Sebenar
==================================


Ebook Teknik Forex Sebenar adalah ebook membantu para Trader baru atau Trader berpengalaman :

1) Memahami apa itu Forex Trading

2) Mempelajari Teknik untuk Trading di dalam FOREX serta MAKSIMUMkan Keuntungan

3) Mempelajari Teknik Mengawal EMOSI dan MARGIN bagi MINIMUMkan Kerugian

"Dengan Teknik Forex Sebenar, bermodalkan
USD30 hingga hari ini Alhamdulillah dah
hampir USD400 hanya dalam 7 hari"
- Kamaruddin

Teknik belajarnya ada dalam pakej ilmu ini --> Teknik Forex Sebenar
 

G+

0 comments:

Post a Comment